REKA
CIPTA
BAB
PENGENALAN
Kemahiran Hidup Tingkatan 3
- Reka cipta ialah penghasilan sesuatu objek, penghasilan barang baru atau pengubahsuaian sesuatu objek bagi memenuhi kehendak pengguna pada masa kini atau akan datang. Reka cipta dihasilkan dengan idea sendiri atau mengubahsuai idea orang lain.
Reka cipta ialah satu usaha menghasilkan sesuatu produk baru atau membuat pengubahsuaian sesuatu produk supaya menjadi lebih sempurna bagi memenuhi kehendak pengguna yang dihasilkan melalui idea tersendiri atau diubahsuai dan mempunyai nilai komersial.
Tujuan Diperkenalkan :
- Melahirkan generasi rakyat Malaysia yang berimaginatif, kreatif, inovatif dan inventif supaya mereka boleh menghasilkan sesuatu reka cipta ke arah menjadi penyumbang kepada pembangunan teknologi negara.
- Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, berdaya fikir tinggi dan berpandangan jauh, bukan sahaja sebagai pengguna tetapi juga berkemahiran untuk menyumbang kepada pembangunan teknologi tempatan dan antarabangsa.
- Melahirkan pelajar yang peka terhadap masalah persekitaran, meminati bidang keusahawanan, bersikap sabar, tekun, berani, tabah, cekal, berdaya saing, berjimat cermat dan menyedari keagungan Tuhan.
Faktor Reka Bentuk :
Faktor Pemilihan Reka Bentuk :
FUNGSI
- Sesuai untuk…/ kecekapan berfungsi/ Pelbagai guna/ jimat ruang/ mudah (ambil/simpan/letak)
REKA BENTUK
- Citarasa/ sesuai/ menarik/ ringkas/ gabungan reka bentuk…/ elegen/ terkini/ moden/ klasik/ seimbang
ESTETIKA
- Bentuk terkini/ringkas/kemas/sesuai p’sekitaran/ warna sesuai/ tarikan pengguna/ menarik/praktikal
ERGONOMIK
- Mudah guna/kendali/dipasang/user friendly/ ringan/ sesuai semua ruang/ jimat ruang/ tidak sakit
KETAHANAN
- Tidak lerai/tanggal, kukuh, bahan tahan lama, tidak karat, jangka hayat bahan, tak mudah pecah/ retak
MESRA PENGGUNA
- Mudah diguna/kendali/dialih, saiz sesuai, ringan, manual mudah, mudah bawa/ simpan/ selenggara
KESESUAIAN BAHAN
- Tahan lasak, mudah dapat/ditempa/dibentuk, tahan lama, ringan, kalis air/api, lutsinar, tidak karat, kukuh
KESELAMATAN
- Tidak karat/racun/reput/tajam, tidak lerai/ tanggal, kukuh, stabil. Keselamatan pengguna, alat
NILAI KOMERSIAL / KOS
- Harga berpatutan, boleh dipasarkan, menarik, menepati citarasa, pengeluaran kuantiti banyak
Sejarah Perkembangan Reka Cipta :
- Reka Cipta wujud sejak manusia dilahirkan.Antara ciptaan pertama direkod ialah “skru Archimedes” dicipta pada tahun 212 S.M.
- Zaman Pra-Revolusi Industri
Manusia nomad (berpindah)
Berlindung daripada binatang buas di gua atau pokok besar.
Ciptaan roda untuk pergerakan lebih cepat dan mudah.
- Abad ke 17
Cipta peralatan dan mesin untuk memudahkan kerja (spt anyaman, ukiran), guna kaki
dan tangan.
- Abad ke 18 - Zaman Revolusi Industri Pertama
James Watt cipta enjin stim, diinovasi oleh George Stephenson.
Industri pengangkutan, pembuatan dan pembinaan berkembang .
Ciptaan telefon oleh Graham Bell merangsang perniagaan
- Zaman Revolusi Industri Kedua
Kehidupan semakin kompleks.
Mereka cipta meningkatkan taraf kehidupan.
Pelbagai sumber tenaga elektrik – air, udara, matahari, minyak, nuklear.
Ciptaan radio dan komputer.
Ciptaan pelbagai jentera meransang perkembangan semua bidang industri – pembinaan,
pengangkutan, perhubungan, pembuatan.
Sifat Seorang Pereka Cipta :
- sentiasa melihat sesuatu masalah dan perkara daripada pelbagai sudut persepsi;
- sentiasa berminat kepada sesuatu yang baru;
- sentiasa kreatif dalam menyuarakan pendapat dan idea;
- sentiasa berminat menghasilkan sesuatu produk.
Kepentingan dan Sumbangan :
- Meningkatkan usaha dalam bidang sains dan teknologi untuk melahirkan penyumbang kepada dunia teknologi, tidak sekadar pengguna.
- Penghasilan produk baru yang berguna dan berkualiti supaya tidak lagi bergantung kepada produk negara luar.
- Menjamin masa depan negara yang lebih cemerlang dalam bidang sosial, ekonomi, sains dan teknologi.
- Memberi kepuasan sepenuhnya kepada pereka cipta dan rakyat umum.
Kepentingan dan Sumbangan Reka Cipta :
- Bidang Pendidikan
Pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan menarik – perisian, komputer, LCD.
Perisian CAD memberi pengalaman baru kepada pelajar bidang teknologi.
Dapat meningkatkan kaedah dan keberkesanan pengajaran.
Proses persidangan terus-menerus seluruh dunia.
- Bidang Komunikasi
Melalui telefon manusia boleh berhubung ke seluruh dunia.
Internet membolehkan manusia mendapat banyak maklumat dengan hanya berada di
rumah.
Manusia boleh berhubung dengan ramai orang serentak.
- Bidang Pengangkutan
Kenderaan lebih efisien tidak mencemar alam, tidak bising.
Kenderaan lebih laju dapat memendekkan tempoh perjalanan.
Manusia dapat bergerak jauh dengan cepat melalui pengangkutan udara.
- Bidang Pembinaan
Pembinaan banyak bangunan pencakar langit bagi menampung keperluan.
Rekaan bangunan lebih unik dan menarik.
Pembinaan jalanraya dan lebuhraya membolehkan manusia bergerak lebih cepat dan
mudah.
No comments:
Post a Comment