PANDUAN
MELAKSANAKAN RANCANGAN MENGAJAR
Definisi
Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan pengajaran
ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan oleh
guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.
Tujuan?
ü Menjamin pencapaian objektif.
ü Meningkatkan keyakinan guru untuk
mengajar.
Kepentingan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)








Tindakan Semasa
Merancang Rancangan Pengajaran Harian:
1.
Penulisan hasil pembelajaran/objektif:
§ Eksplisit
§ Tepat
§ Jelas
§ Sesuai
dengan kebolehan murid
§ Sesuai
dengan sukatan pelajaran
2.
Cara Menulis Objektif Pengajaran Dalam Rancangan Pengajaran Harian RPH:
Pernyataan
objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada 3 kriteria:
§ Tingkah
laku murid yang boleh dilihat atau diukur
§ Keadaan
atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku
§ Hasil
yang akan murid peroleh/ pencapaian minima.
Contoh
1 :
Pada
akhir pelajaran murid dapat:
o
Membaca dengan kuat 1 petikan
‘Menunggu Kelahiran’ dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu.
A – Audiens - murid
B – Behaviour - membaca dengan kuat
C – Content - petikan teks ‘Menunggu Kelahiran’
D – Degree - 1 petikandengan sebutan dan intonasi yang
betul
S – Sosial - individu
Contoh
2:
Pada
akhir pelajaran murid dapat:
o
Menyatakan secara lisan 3 isi
tersurat dan 3 isi tersirat daripada petikan teks berdasarkan kad tugasan dengan
betul secara individu, kumpulan dan kelas.
A – Audiens - murid
B – Behaviour - menyatakan
C – Content - petikan teks ‘Menunggu Kelahiran’
D – Degree - 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat
berdasarkan kad tugasan dengan betul.
S – Sosial - secara individu, kumpulan dan kelas.
Contoh
3 :
Pada
akhir pelajaran murid dapat:
o
Membina 4 ayat mudah secara bertulis
dengan menggunakan peribahasa yang disediakan secara individu.
A – Audiens - murid
B – Behaviour - membina ayat secara bertulis
C – Content - peribahasa yang disediakan
D – Degree - 4 ayat mudah
S – Sosial - secara individu.
Perkataan-perkataan
eksplisit yang sesuai digunakan mengikut aras (objektif RPH)
Pengetahuan:
Menamakan
Menerangkan
Mentakrif
Menjelaskan
Merakamkan
Menyenaraikan
Kefahaman:
Menterjemahkan
Menyebut
semula
Melukis
Mentafsir
Membincangkan
Menyatakan
Melaporkan
Aplikasi:
Mentafsir
Menggunakan
Mendemontrasi
Melukis
Menggambarkan
Melakar
Analisis:
Membezakan
Mengira
Mencerakinkan
Menganalisis
Menguji
Membandingkan
Menyesuaikan
Sintesis:
Merancang
Membentuk
Mengubah
Menyusun
Membuat
laporan
Penilaian:
Membanding
Memilih
Menganggar
Menilai
No comments:
Post a Comment